Pengurusan Ayam Pedaging
Ternakan
yang diuruskan dengan betul dengan persekitaran yang selesa akan
membesar dengan baik dan dengan itu pengeluaran ladang dapat dimaksimumkan.
Ia bermula dari peringkat perolehan anak ayam sehinggalah kepada
pasaran. Pengeluaran yang maksimum memerlukan integrasi sepadu dari segi
kualiti anak ayam yang dibeli , kualiti dan pengurusan makanan /
minuman , pengurusan kesihatan dan persekitaran pemeliharaan. Sebarang
bentuk tekanan hendaklah dielakan kerana ianya akan menjejaskan
produktiviti ayam dan mengurangkan ketahanan melawan penyakit. Anak ayam
yang bermutu akan membesar dengan baik. Makanan dan air minuman yang
diberi hendaklah bermutu baik dan mencukupi. Setiap ekor ayam perlu
diberikan ruang lantai , ruang makanan dan minuman yang mencukupi
mengikut peringkat pembesaran. Ketinggian bekas makanan dan minuman juga
diselaraskan dengan peringkat pertumbuhan. Kesemua ini bukan sahaja
dapat mengelakan stress dan pembaziran, juga mempastikan keseragaman
pembesaran ayam.